Sekurang-kurangnya lapan maut dan ratusan lain cedera dalam insiden rempuhan di festival muzik Astroworld di Houston, Texas Amerika Syarikat. Mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 27 tahun.

Insiden dikatakan berlaku kira-kira 9.15 malam pada Jumaat ketika penyanyi rap Travis Scott membuat persembahan. Menurut polis, orang ramai mula bersesak-sesak di hadapan pentas utama sehingga mencetuskan situasi panik.

Sekurang-kurangnya 17 mangsa dihantar ke hospital, dengan 11 daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun mengalami serangan jantung. Dianggarkan 50,000 pengunjung menghadiri festival muzik berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kejadian tersebut. Festival Astroworld mula diperkenalkan pada 2018 tetapi tidak dianjurkan pada 2020 disebabkan pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini