Rumah Orang Tua Endah Kasih di Georgetown, Pulau Pinang antara empat premis yang diarah tutup, ekoran terdapat kes positif melibatkan penghuninya.

Jelas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Daerah Timur Laut, Amier Othman, 30 kes positif COVID-19 dikesan di Daerah Timur Laut.

Rumah orang tua tersebut menempatkan kira-kira 20 penghuni.

Lapan daripadanya disahkan positif COVID-19.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani sesi kuarantin.

Premis lain yang diarah tutup melibatkan Kilang Percetakan di Sungai Pinang, Pasar Awam Padang Tembak dan Restoran KFC Komtar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini