Lapan pos kawalan baharu PGA akan dibina di Sabah dan Sarawak bagi mempertingkatkan tahap kawalan sempadan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata daripada jumlah itu, tujuh pos dibina di Sarawak manakala satu pos di Sabah dengan setiap pos melibatkan kekuatan 26 anggota dan pegawai.

Penambahan pos kawalan baharu juga bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan PDRM serta pengambilan fungsi dan peranan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) oleh PGA.

Beliau ditemui selepas meninjau kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang sungai Golok.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan banjir, beliau memaklumkan Ketua Polis Daerah telah di arahkan berbincang bersama penduduk setempat yang memiliki bot di kawasan masing-masing bagi memudahkan pelaksanaan operasi pemindahan penduduk terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini