Lapan buah pusat rawatan kecantikan diserbu kerana menjalankan perniagaan tanpa tauliah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Serbuan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama-sama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Seramai 21 warga asing dari Indonesia dan Vietnam ditahan kerana menjalankan rawatan tanpa tauliah KKM serta tidak mempunyai pas lawatan sah.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, operasi itu hasil kejayaan risikan dan pemerhatian selama empat bulan oleh JIM dan pegawai KKM.

Antara perkhidmatan yang disediakan premis-premis itu termasuklah suntikan vitamin C, rawatan membesarkan anggota badan tertentu atau ‘filler’ serta perkhidmatan pendakap dan pemutihan gigi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seskyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Antara premis yang diserbu di sekitar Lembah Klang adalah Dengkil, Kepong, Puchong manakala satu lagi di Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini