Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam letupan  yang menggegarkan bandar Aden di selatan Yaman, petang semalam.

Letupan berlaku berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan di luar lapangan terbang antarabangsa.

Selain mencederakan sekurang-kurangnya 11 yang lain, letupan itu memusnahkan bangunan dan kafe siber di kawasan  tersebut.

Bandar pesisir pantai itu digegarkan dengan  insiden letupan sebelum ini yang didakwa didalangi sekutu al-Qaida dan kumpulan militan Daesh.

Pemberontak Huthi yang disokong Iran juga menyasarkan bandar itu dengan peluru berpandu balistik dan dron.

Aden menjadi kerusi kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sejak pemberontak Huthi yang disokong Iran mengambil alih ibu kota, Sanaa, pada 2014 yang mencetuskan perang saudara Yaman.

Pakatan tentera pimpinan Arab Saudi memulakan operasi ketenteraan ke atas pemberontak Huthi pada Mac 2015.

Operasi ini turut disokong oleh Amerika Syarikat.

Walaupun kempen udara dan darat dilakukan tanpa henti, perang yang berlaku menemui jalan buntu sekali gus mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk dunia di Yaman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini