Lapangan terbang bertaraf antarabangsa bakal di bina di Gebeng, Kuantan.
 
Ia setelah secara dasarnya dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.

Perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Khamis lepas, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam projek itu, yang akan menjadi sebahagian daripada rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang tahun 2050. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah menyenaraikan 731 projek bernilai 50 billion ringgit.

Pembinaan lapangan terbang tersebut merupakan antara projek utama yang menyokong kepada pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini