Lapangan Terbang Baharu Mukah bakal merancakkan ekonomi sekali gus memberi impak berganda dan berangkai kepada Keluarga Malaysia khususnya di Mukah, Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengangkutan udara sememangnya menjadi pengangkutan penting memandangkan keadaan geografi di Sarawak dan juga Sabah yang terletak di kepulauan ketiga terbesar di dunia.

Beliau memberitahu pengangkutan udara yang efisien, menepati waktu, selamat dan boleh dipercayai akan menjadi faktor utama pemacuan ekonomi dan sosial di Sabah dan Sarawak.

Jelasnya Lapangan Terbang Baharu Mukah merupakan gerbang pengangkutan penumpang serta barangan ke pelbagai destinasi yang sememangnya berkait rapat dengan kegiatan ekonomi. Beliau berucap pada majlis perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini