Lapangan Terbang Changi Terminal 2 akan dibuka semula secara berperingkat bermula 29 Mei ini, sebagai persediaan menerima peningkatan trafik tinggi untuk beberapa bulan akan datang.

Terminal berkenaan ditutup untuk kerja penambahbaikan sejak Mei 2020. Penggantungan operasi di Terminal 2 sepatutnya berlangsung selama tempoh 18 bulan, tetapi terpaksa dilanjutkan berikutan penularan COVID-19.

Apabila kerja penambahbaikan selesai pada 2024, perluasan kawasan terminal berkenaan akan meningkatkan kapasiti di kemudahan itu daripada lima juta kepada 28 juta pergerakan penumpang setiap tahun.

Terminal 2 akan menjadi hos terutama membabitkan ketibaan penerbangan pada waktu puncak bagi syarikat penerbangan yang sedang beroperasi di Terminal 3. Perluasan Terminal 2 menyaksikan ia mempunyai ruang dewan ketibaan Imigresen yang lebih besar dengan lebih banyak lorong Imigresen automatik dan lorong bantuan khas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini