Rangkaian lapangan terbang domestik Malaysia Airports merekodkan 1.03 juta pergerakan penumpang antarabangsa, sepanjang Mei lalu.

Sekali gus menyaksikan trafik antarabangsa mencecah paras satu juta sejak Mac 2020, apabila sempadan negara ditutup.

Malaysia Airports dalam kenyataan memaklumkan, trafik antarabangsa dijangka terus meningkat dengan penambahan syarikat penerbangan baharu, Lanmei Airlines.

Syarikat penerbangan tambang rendah dari Kemboja itu melancarkan penerbangan mingguan sulungnya menghubungkan Phnom Penh–Kuala Lumpur.

Lima syarikat penerbangan turut menyambung semula operasi bulan lalu, termasuk syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka India, IndiGo, Thai Smile Airways dan Jin Air dari Korea.

Pembukaan semula sempadan sejak dua bulan lepas, membolehkan pengendali lapangan terbang itu mencatat peningkatan purata trafik antarabangsa bulanan melebihi 50 peratus.

Keseluruhannya bulan lalu, Malaysia Airports merekodkan 7.1 juta pergerakan penumpang meliputi lapangan terbang domestik dan lapangan terbang kendaliannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, Turki.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini