Laporan penuh pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan dan kajian terhadap kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diketahui Ogos depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan juga akan menerima laporan berkenaan isu dan tindakan perundangan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh serta siasatan dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya, sekitar tempoh sama.

Sebelum ini beliau memaklumkan laporan akhir siasatan kes kematian Muhammad Adib akan dibentang kepada Kabinet pada bulan ini.

Bagi semakan semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, pasukan petugas khas sudah mengemuka dan membentangkan laporan interim mereka pada penghujung April lalu.

Beliau menyatakannya dalam sidang media berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini