Mulai Jumaat ini, larangan merokok akan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat di Singapura.

Ia meliputi semua taman awam dan sepuluh pantai serta ketiga-tiga pantai di Sentosa.

Larangan itu juga akan dikuatkuasakan di kawasan-kawasan dalam Program Air Aktif, Indah, Bersih.

Dengan menambah lebih banyak tempat di bawah Akta Merokok 1992, rakyat Singapura boleh menikmati kawasan riadah berkenaan tanpa terdedah kepada asap rokok.

Bagi membantu perokok menyesuaikan diri, beberapa zon khas untuk merokok akan disediakan berdekatan pantai Sentosa dan beberapa taman.

Mereka yang didapati merokok di tempat-tempat larangan baru itu akan diberikan amaran dalam tempoh tiga bulan pertama.

Mulai Oktober depan, pesalahnya boleh disaman sehingga seribu dolar.