Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan Ivermectin dalam rawatan COVID-19, demi melindungi keselamatan rakyat.

Timbalan Menterinya – Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menegaskan, keputusan itu selari hasil kajian I-TECH, yang tidak mengesyorkan Ivermectin dimasukkan dalam garis panduan rawatan COVID-19, kerana ia tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk.

Ia turut disokong kajian berskala besar seperti IVERCOR-COVID19 dari Argentina dan TOGETHER dari Brazil, yang menghasilkan dapatan sama.

Analisis keselamatan melaporkan bahawa kejadian kesan sampingan adalah tiga kali lebih kerap berlaku di dalam kumpulan yang mengambil Ivermectin, berbanding kumpulan penjagaan standard (SOC).

Kebanyakannya, adalah kes cirit birit.  Datuk Seri Dr Noor Azmi menjawab pertanyaan ahli parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini