Larangan tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk pelancaran jentera di Melaka adalah bagi menjamin keselamatan orang ramai. Ia juga bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR akan  mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) sebelum hari penamaan calon, larangan KKM tersebut harus dipatuhi.

Tambah beliau lagi, Pilihanraya Negeri, PRN Melaka diadakan bagi mengimbangi tuntutan keselamatan dan kesihatan serta amalan demokrasi. Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan SOP oleh SPR akan diselaraskan dengan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan mengambil kira pandangan kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini