Penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai selepas disahkan positif COVID-19.

Dia yang berusia 92 tahun mengalami radang paru-paru akibat jangkitan COVID-19 dan kini berada dalam pemantauan di ICU.

Menurut doktor, Mangeshkar akan terus menerima rawatan di wad ICU di bawah pemerhatian selama 10 hingga 12 hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini