Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diterima secara terbuka oleh semua pihak termasuk pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH). Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata malah Latheefa juga sendiri tidak boleh sewenang-wenang melepaskan jawatan itu walaupun didesak pelbagai pihak. Ini kerana perlantikan Latheefa adalah keputusan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk dalam kalangan parti komponen PH sendiri. Pelantikan itu didakwa bertentangan dengan manifesto PH yang menyatakan setiap pelantikan jawatan penting dalam kerajaan perlu melalui pemilihan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini