Hanya memerlukan 15 hari untuk melatih lembu ke tandas untuk membuang air kecil.

Lebih mengejutkan pasukan saintis ini mendakwa lebih senang untuk melatih haiwan itu daripada melatih kanak-kanak.

Malah daripada 16 ekor lembu baka Holstein yang dilatih, 11 daripadanya kini mampu membuang air kecil di tandas khas yang diberi nama “MooLoo”.

Untuk mendidik haiwan berkenaan dalam masa 15 hari, mereka menggunakan sistem ganjaran dan hukuman.

Jika berjaya lembu tersebut akan diberikan cecair molas, dan jika gagal akan disiram menggunakan air sejuk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini