Menjelang aksi kedua skuad negara menentang Mongolia esok, ketua jurulatih, Brad Maloney mahu semua pemainnya mengambil serius setiap perlawanan bagi memastikan misi layak ke pusingan akhir tahun depan tercapai.

Menurut Maloney, beliau sedar selepas kemenangan ke atas Laos pada aksi pertama, Malaysia kini mula menjadi tumpuan dua pencabar lain dalam Kumpulan J iaitu Mongolia dan juga Thailand.

Jelas Maloney, dua pasukan lain iaitu Mongolia dan Thailand memiliki corak permainan yang lebih agresif dan pantas, sekali gus mampu menghukum anak buahnya sekiranya leka. Namun, beliau tetap optimis strategi permainan yang diterapkan dalam pasukan negara mampu menyaingi lawan, tambahan pula tiada pemainnya yang mengalami kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini