Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan lawatan rasmi beliau ke Indonesia dan menyifatkannya sebagai amat berjaya.  Perdana Menteri pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung setelah mengakhiri kunjungan 3 hari ke republik itu.

Kemuncak lawatan rasmi 3 hari Perdana Menteri ke Indonesia adalah bertemu dengan Presiden Joko Widodo di Istana Bogor.

Antara yang dicapai menerusi perjumpaan tersebut adalah persetujuan kedua-dua negara melaksanakan koridor perjalanan melalui Aturan Koridor Perjalanan (TCA) atau Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL).

Kesepakatan itu menjadikan Indonesia negara kedua selepas Singapura yang melaksanakan aturan tersebut dengan Malaysia. Selain itu, Malaysia-Indonesia memeterai dua Memorandum Persefahaman (MOU) sebagai satu lagi tanda hubungan baik yang lama terjalin.

Perjanjian mengenai “Kerjasama dan Bantuan Bersama Dalam Perkara Kastam” dicapai buat pertama kalinya. Manakala MOU Bidang Pendidikan diperbaharui setelah 12 tahun tertunggak.

Selain itu, empat MOU dan perjanjian turut dimeterai oleh sektor swasta kedua-dua negara bernilai AS$3.1 bilion. Kunjungan ke Indonesia merupakan lawatan sulung Datuk Seri Ismail Sabri ke luar negara sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini