Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kemboja sebagai berjaya.

Beberapa persetujuan telah dicapai, manakala terdapat perkara yang perlu diteliti.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin selama 65 tahun, dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pekerjaan.

Kuala Lumpur dan Phnom Penh juga mengakui kepentingan meningkatkan perdagangan selain meneroka sektor-sektor baharu seperti industri halal, keselamatan siber dan teknologi kewangan.

Pada sidang media bersama semalam, Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawatannya Hun Sen sepakat untuk meningkatkan perdagangan melalui komoditi berasakan sawit dan beras.

Malaysia berminat untuk membekalkan minyak sawit ke Kemboja.

Manakala negara terbabit menawarkan untuk mengeksport lebih banyak beras ke Malaysia.

Selain mahu syarikat Malaysia mempertimbang kemungkinan melabur dalam aktiviti perkilangan beras.

Dalam aspek lain, Malaysia akan meneliti bantuan yang akan diberikan bagi membantu menyebarkan syiar Islam di Kemboja.

Sementara, Kemboja pula berminat untuk menghantar pekerja domestik ke Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini