Kebimbangan Malaysia dan Jepun berhubung isu serantau dan antarabangsa terutama konflik Rusia dan Ukraine pernah dibincang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon dan rakan sejawatannya, Fumio Kishida menerusi panggilan telefon, April lalu.

Perbincangan tersebut dijangka akan dapat diperincikan kali ini di Tokyo, sempena lawatan kerja rasmi sulung Perdana Menteri ke negara matahari terbit itu bermula esok.

Keakraban hubungan Malaysia-Jepun sejak negara mencapai kemerdekaan tidak lagi boleh disangkal.

Lebih 6 dekad usianya, istimewa kunjungan Perdana Menteri kali ini bakal membuka lebih banyak peluang kerjasama di antara Kuala Lumpur dan Tokyo selanjutnya.

Jadual padat menanti Datuk Seri Ismail Sabri selama 6 hari lawatan bermula dengan ketibaannya di Tokyo esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini