Kementerian Kesihatan memberi layanan sama rata kepada doktor-doktor pakar bukan klinikal dengan kelayakan ikhtisas yang diiktiraf kerajaan.

Jelas Timbalan Menteri Kesihatan Dua, Datuk Aaron Ago Dagang, perkara itu meliputi layanan adil dari segi penggajian dan kenaikan pangkat sama seperti doktor-doktor pakar klinikal.

Berhubung jumlah pakar perubatan, Datuk Aaron Ago berkata 6,042 daripada 6,066 orang adalah pakar perubatan lantikan tetap manakala 24 orang adalah pakar perubatan lantikan kontrak.
 
Beliau menjawab pertanyaan wakil Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini