Lebih 1.2 juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman COVIDNOW, 1,734,505 daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,600,526 daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,115,626 individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Portal Github Kementerian Kesihatan pula melaporkan 2,066 kes baharu COVID-19 semalam manakala satu kes kematian dicatatkan di Negeri Sembilan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini