Lebih 1.4 juta permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 355,071 adalah permohonan baharu manakala selebihnya permohonan kemaskini. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hampir 95 peratus permohonan baharu dan kemaskini dilaksanakan secara dalam talian. 

Beliau ditemui selepas melawat Kaunter Pendaftaran BKM 2022 di Bangunan HASiL Cawangan Duta.

Perkhidmatan kaunter BKM  dibuka untuk permohonan dan kemaskini sehingga hujung bulan ini.

BKM 2022 memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukkan RM8.2 bilion.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini