Lebih 1.7 juta permohonan Bantuan Keluarga Malaysia; BKM telah diterima setakat 10 Januari lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, hampir 95 peratus daripada jumlah itu merupakan permohonan secara dalam talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri; LHDN turut membuka kaunter perkhidmatan di semua pejabat cawangannya pada hujung minggu pertama dan keempat bulan ini.

BKM akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion tahun ini.

Mengulas kemajuan inisiatif dilaksanakan kerajaan tahun lalu sebanyak 11 juta rakyat negara ini telah menikmati pemberian Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan berjumlah RM8.8 bilion.

Inisiatif JaminKerja yang memperuntukkan RM4.8 bilion pula, berjaya menjana 558,633 peluang pekerjaan, melangkaui sasaran ditetapkan sebanyak 500,000 pekerjaan.

Tahun ini, sasaran dinaikkan kepada 600,000 peluang pekerjaan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini