Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, Putatan, Sabah, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran sejam kemudian.

Seramai 28 anggota dari Balai Bomba Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi tersebut.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini