Lebih 1,000 penduduk di kawasan berisiko banjir  di Hulu Dungun telah membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi gelombang kedua yang dijangka melanda  mulai hujung minggu ini.

Tinjauan di Kampung Shukor mendapati sebahagian penduduk hanya melakukan
pembersihan di sekitar kediaman dan dalam rumah selepas banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Bagaimanapun, mereka masih belum menurunkan barangan  yang disimpan di tempat tinggi kerana bimbang kemungkinan banjir melanda semula berikutan amaran baru dikeluarkan.

Paras air Sungai Dungun dijangka melepasi paras bahaya pada 30 dan 31 Disember ini dan beberapa penempatan dijangka mengalami banjir jika hujan lebat berterusan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini