Kerajaan akan menyegerakan projek membaiki dan membina seribu 22 rumah guru dan sekolah daif di Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, ia perlu kerana tiada kompromi melibatkan isu pendidikan berikutan sekolah selesa akan memberi semangat kepada anak-anak untuk meneruskan pembelajaran. Sehubungan itu beliau berkata, rakyat di Sarawak perlu mengekalkan kerajaan negeri sedia ada bagi membolehkan rancangan pembangunan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dapat diteruskan.

Perdana Menteri memberi contoh, apabila Kerajaan Persekutuan bertukar tangan pada tahun 2018, ia menyukarkan pembangunan yang dirancang untuk dilaksanakan berikutan tiada persefahaman antara kedua dua peringkat kepimpinan.

Katanya, Sarawak sentiasa menjadi tumpuan Kerajaan Persekutuan dan beliau berjanji akan meneruskan rancangan pembangunan di Sarawak sekiranya kerajaan sedia ada diteruskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini