Kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib, selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan sebagai persediaan pengajian kepakaran pegawai lantikan kontrak.

Sebagai tambahan, katanya, kerajaan turut bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian. Sebelum itu, Tengku Zafrul mengumumkan sebanyak RM32.4 billion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Ia juga peruntukan yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan. Tambahan RM4 bilion disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19 merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi.

Manakala RM2 bilion lagi disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.  Kerajaan juga bercadang untuk melaksana perolehan ubatan antiviral yang didapati berkesaan terhadap pelbagai virus termasuk COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini