Jumlah pesakit yang dirawat di hospital akibat COVID-19 di England melebihi 10,000 orang.

Ia adalah jumlah tertinggi sejak Mac lalu, sekali gus mencatatkan rekod baharu.

Seramai 10,462 orang dirawat di hospital kerana COVID-19, angka tertinggi sejak 1 Mac lalu.

UK melaporkan 183,037 kes harian dalam tempoh 24 jam lalu.

Negara itu kini menghadapi lonjakan kes akibat varian Omicron.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, mempertahankan keputusannya tidak mengetatkan sekatan di England ketika musim perayaan dan tahun baru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini