11.98 juta individu dewasa atau 51.2 peratus daripada populasi kumpulan di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 22.92 juta individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23.20 juta individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, 2.78 juta individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2.86 juta individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, 95,857 dos vaksin telah diberikan melibatkan 995 dos pertama, 1,537 dos kedua dan 93,365 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebanyak 63.56 juta dos.

Sementara itu, 13 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini