Sepanjang tempoh pandemik, lebih 12,500 permohonan telah mendapat kelulusan Pensijilan Halal Malaysia bagi permohonan domestik.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Idris Ahmad, bagi luar negara pula, permohonan 43 syarikat telah diluluskan.

Jelasnya, dengan adanya Pensijilan Halal Malaysia, ia mampu merangsang ekonomi negara sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap logo Halal Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Halal Kebangsaan (Sidang Halal) 2021 di Putarajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini