Selsema burung dikesan di sebuah ladang ternakan ayam di wilayah Akita, timur laut Jepun. Hampir 143,000 ekor ayam akan disembelih selepas 12 daripada 13 ayam yang diuji di ladang di wilayah Yokote didapati dijangkiti selsema burung.

Wilayah itu juga menyekat penghantaran ayam atau telur dari ladang yang terletak dalam radius 10 kilometer dari ladang yang terjejas manakala anggota tentera dihantar untuk membantu menangani isu itu.

Perdana Menteri, Fumio Kishida turut menggesa maklumat dikumpulkan serta mengarahkan kementerian perladangan dan agensi kerajaan lain bekerjasama mengambil langkah pencegahan menyeluruh secepat mungkin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini