Seramai 147,094 jemaah dari pelbagai negara sudah tiba di Madinah menerusi laluan udara dan darat setakat Sabtu untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Data dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan 136,007 jemaah sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Abdulaziz di Madinah sejak ia menerima ketibaan penerbangan haji pertama.

Pusat imigresen pula menyambut kedatangan 11,087 jemaah yang tiba di Madinah melalui jalan darat.

Data tersebut turut menunjukkan jemaah warga Indonesia membentuk bilangan paling banyak seramai 26,304, diikuti India dengan 21,790, Pakistan seramai 9,383 jemaah  dan Bangladesh seramai 8,680 .

Seramai 49,388 jemaah sudah berangkat dari Madinah sepanjang beberapa hari lalu.

Pihak-pihak berkepentingan di Madinah sudahpun mengerahkan kesemua pegawai mereka  menyambut kedatangan jemaah yang tiba di Lapangan Terbang dan pusat imigresen untuk menerima ketibaan jemaah  untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini