Lebih 15 penternak ikan sangkar di Sungai Geting,Tumpat, Kelantan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit berikutan serangan memerang.
 
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghalang pencerobohan memerang berkenaan namun populasinya yang cepat membiak di hutan nipah berhampiran,menyebakan sukar dikawal.

Penternak mendakwa ancaman itu telah dihadapi sejak lebih 20 tahun lepas. 
 
Malah setiap kali  siakap, kerapu hibrid dan talapia yang diternak semakin membesar,mereka akan memikirkan  pelbagai cara untuk mengelak serangan memerang.
 
Antaranya termasuk  memasang perangkap, jaring besi serta kejutan elektrik sekitar sangkar.

Malah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga membantu dengan menyediakan perangkap.

Namun usaha berkenaan masih tidak berkesan menyebabkan penternak makin  buntu.

Serangan memerang juga menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Inisiatif penternak menutup permukaan sangkar dengan kayu lapis, jaring dan kawat juga gagal kerana memerang berjaya merosakkannya.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini