Sebanyak 68.8 peratus atau 16 juta 107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, JKJAV menyatakannya melalui infografik di laman Twitter.

JKJAV memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin COVID-19, melibatkan 132 ,640 dos pertama dan 181 ribu 111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sebanyak 20 juta 677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Isnin. PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini