Kira-kira 17.4 peratus penghidap kanser mulut di Malaysia didapati melibatkan penduduk Sabah. Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata peratusan itu berdasarkan saringan kanser mulut yang dilaksanakan menerusi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan tahun lepas.

Katanya, daripada 42,771 pesakit yang disaring di Sabah, 5,420 orang didapati berisiko tinggi menghidap kanser mulut disebabkan pengambilan tembakau, sirih dan mengambil minuman beralkohol yang berlebihan.

Beliau berkata di Malaysia kebanyakan kes kanser mulut dikesan apabila ia sudah lewat, dan antara faktor penyumbang utama kepada pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan dan pengesanan awal dalam kalangan rakyat tempatan.

Datuk Hajiji berucap demikian ketika merasmikan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 negeri Sabah bertemakan #JomCheckMulut secara maya hari ini. Minggu Kesedaran Kanser Mulut diadakan selama seminggu bermula 7 hingga 13 November di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini