Lebih 17,000 haiwan ternakan dan peliharaan dilaporkan mati akibat banjir  melibatkan kerugian melebihi RM1.4 juta.

Jelas Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Kamaliah Ghazali, kerugian berkenaan melibatkan 100 pemilik dan penternak yang kebanyakan berada di Kuantan, Bentong dan Pekan.

Ayam merekodkan jumlah kematian tertinggi diikuti itik dan haiwan lain termasuk kucing.

Setakat ini, 40,000 ekor daripada jumlah kematian dilaporkan mati akibat lemas.

Pihaknya percaya angka sebenar lebih tinggi kerana masih ada pemilik dan penternak tidak membuat laporan berhubung kematian atau kehilangan haiwan mereka.

Bagi meringankan beban penternak dan pemilik haiwan terjejas banjir, pihaknya turun padang mengedarkan makanan haiwan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini