Lebih 2.7 juta individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2 juta 829 ribu 902 individu atau 89.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22 juta 718 ribu 376  individu atau 97 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala  lebih 23 juta atau 98.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, 67 ribu 701 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3 ribu 902 suntikan dos lengkap, 3 ribu 209 dos pertama dan 60 ribu 590 suntikan dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada lebih 54 juta dos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini