2.75 juta individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan melalui laman COVIDNOW,  2.84 juta individu atau 90.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula,  22.86 juta individu atau 97.7 peratus telah melengkapkan dos vaksin mereka.

Manakala 23.15 juta individu atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan 94,040 dos vaksin telah diberikan semalam.  

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan  meningkat kepada 57.84 juta dos dengan 6.42 juta daripadanya adalah dos penggalak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini