Syarikat pengeluar teknologi perubatan Australia, “Ellume” menarik balik lebih dua juta kit ujian kendiri yang dihantar ke Amerika Syarikat.

Ia dibuat selepas mendapati wujudnya risiko untuk kesemua kit ujian tersebut mengeluarkan keputusan positif palsu.

Sejak masalah itu dikesan bulan lepas, kira-kira 2.2 juta kit ujian Covid-19 ditarik balik.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (F-D-A) turut mengeluarkan amaran tahap Satu iaitu “paling serius” mengenai perkara tersebut. Keputusan positif palsu menyaksikan individu yang melakukan ujian tersebut dijangkiti Covid-19 sedangkan mereka sihat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini