Lebih 20,000 pandangan diterima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung cadangan mekanisme baharu pembayaran semula pinjaman. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pandangan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp dan laman sesawang PTPTN. Beliau menjangka pihaknya akan terus menerima pandangan daripada orang ramai sehingga tarikh akhir pada 13 Jun ini.
Justeru, pihak PTPTN katanya mengalu-alukan mana-mana individu yang mempunyai pandangan bernas untuk dikongsikan.
Antara cadangan diterima; adalah melaksanakan semula penyenaraian hitaman nama peminjam dari keluar negara serta tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini