Lebih 3.3 juta penduduk dunia kehilangan nyawa akibat COVID-19 tahun ini.

Angka itu lebih tinggi berbanding kematian disebabkan HIV, malaria dan batuk kering pada 2020.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kira-kira 50-ribu nyawa terkorban akibat COVID-19 pada setiap minggu.

Tahun hadapan sepatutnya menjadi tahun pandemik ditamatkan, namun ia dijangka berdepan jalan sukar susulan penularan varian Omicron.

Masyarakat dunia juga diminta sentiasa berhati-hati terutama menjelang musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini