Lebih 30 hingga 40 pakar perundangan persaingan termasuk dari luar negara akan hadir pada Persidangan Undang-Undang Persaingan 2022 kali ketiga pada 23 dan 24 Jun ini di Sunway Resort, Selangor.
Persidangan antara lain membincangkan isu mengenai ekonomi digital, penggabungan dan penipuan bidaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail berkata ahli panel luar negara yang bakal hadir termasuk pakar undang-undang King’s College London, Profesor Richard Whish dan Pengarah Suruhanjaya Penguatkuasaan Persaingan, Persaingan Penggabungan dan Perlindungan Pengguna Ireland, Ibrahim Bah.
Persidangan dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Iskandar Ismail berkata demikian dalam program Bicara Naratif di Angkasapuri, Kuala Lumpur.