Lebih 300 sekolah di seluruh negara dikenal pasti terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, sekolah yang masih belum dibuka itu disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) atau masih dalam proses pembersihan.

Sekolah yang tidak dibuka mengikut jadual asal dijangka memulakan sesi persekolahan pada minggu depan.

Justeru, beliau berharap agar semua pihak dapat membantu kerja pembersihan sekolah supaya sesi persekolahan dapat dijalankan mengikut perancangan.

Lebih 14,000 murid yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk memakai pakaian biasa ke sekolah dan Kementerian Pendidikan turut memberi jaminan bekalan buku teks mencukupi bagi menggantikan lebih 260,000 buku teks yang rosak akibat banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini