Lebih 4,000 petugas kesihatan Thailand dijangkiti Covid-19 sejak pandemik itu mula melanda tahun lalu.

Daripada jumlah itu, hampir 200 adalah doktor dan 34 lagi pelajar perubatan.

Menurut Pengarah Komunikasi Bencana Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Wacharasin, data menunjukkan 4,270 petugas barisan hadapan dijangkiti Covid-19 sejak 15 Februari lalu.

Jangkitan turut menyebabkan ramai petugas perubatan menjadi kontak rapat.

Situasi itu menyukarkan kerja menyelamat di hsopital ekoran kekangan tenaga sumber manusia. Bagaimanapun keadaan semasa yang semakin baik menyaksikan kes baharu terus berkurangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini