Lebih 42,000 orang telah mendapat kerja dan 1,200 pekerjaan baharu berjaya dicipta pada januari lalu.

Kejayaan itu mencerminkan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin pulih dengan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

Menurut Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia turut membuktikan bahawa inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia berada di landasan yang tepat, bagi mencapai sasaran penciptaan 600 ribu pekerjaan pada tahun ini.

Tambah beliau, mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) hari ini telah membincangkan program serta inisiatif yang telah dan akan dijalankan oleh agensi pelaksana untuk mencipta peluang pekerjaan bagi Keluarga Malaysia.

NEC juga membincangkan strategi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Sistem kuota dan Multi-tier Levy (MTL) merupakan langkah yang boleh diambil dalam menangani isu tersebut selain sokongan daripada pihak majikan bagi mengimbangi impak kekurangan tenaga kerja pasca-pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini