Sehingga ogos lalu, lebih 48,000 pekerja sektor peruncitan seluruh negara telah menerima suntikan vaksin. Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, Daripada jumlah itu 23,488 pekerja telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC).

Justeru, pihaknya akan memperkasa RIVAC ke arah mencapai sasaran 500,000 pekerja sektor peruncitan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir tahun ini. Setakat ini program RIVAC telah dilaksana di sembilan lokasi termasuk Lembah Klang, Melaka dan Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini