Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengenal pasti lebih 60 kolam dan tasik di seluruh lembangan di negeri itu yang berpotensi dijadikan kolam takungan tambahan sebagai persediaan jangka panjang bagi menghadapi kemarau yang dijangka berlaku pada 2025.

Pengarahnya, Hasrolnizam Shaari berkata daripada jumlah itu, 21 kolam telah diluluskan kerajaan negeri untuk diluas dan dilebarkan bagi menambah kapasiti takungan.

Dalam masa sama, pihaknya turut membina infrastruktur lain bagi memastikan air takungan dari kolam berkenaan, dapat disalurkan ke loji rawatan air.

LUAS juga telah membangunkan aplikasi yang boleh merekodkan jumlah air sedia ada secara masa nyata, sebagai persediaan melepaskan air untuk digunakan.

Terdahulu, beliau berkata bekalan air di Lembah Klang mampu bertahan selama lapan bulan sekiranya berlaku kemarau pada 2025.

Katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama bertajuk “Air Di Selangor: Persediaan Menghadapi Kemarau”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini