Lebih 60 hingga 70 peratus sampah telah berjaya dibersihkan dan dibawa keluar dari kawasan terjejas banjir di Selangor.

8 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat iaitu di Klang; Shah Alam; Subang Jaya; Kajang; Sepang; Kuala Selangor; Kuala Langat; dan Petaling Jaya.

Menurut Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir, setakat ini hampir 500 unit tong Roll On Roll (RORO) digunakan.

Selain itu lebih 1500 tenaga kerja diperlukan bagi kerja-kerja pembersihan dan dijangka selesai minggu hadapan.

Tambahnya, kerjasama pelbagai pihak sangat dialu-alukan bagi memastikan usaha pembersihan sampah dapat dilaksanakan secara tersusun.

Beliau berkata kepada RTM dalam satu sidang video.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini