Lebih 600 keluarga terjejas banjir di Pendang, Kedah menerima bantuan bakul makanan.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Awang Hashim berkata agihan bantuan itu giat disalurkan kepada semua penduduk tanpa mengira latar belakang.

Dalam pada itu, meskipun hujan lebat sudah berhenti, namun paras air Sungai Pendang masih pada tahap bahaya.

Ia berikutan air pasang surut di muara Sungai Kedah mengakibatkan aliran air lambat mengalir keluar ke muara melalui Ampang Jajar, MADA.

Bagi mengelak kejadian terbabit berulang, Rancangan Tembatan Banjir Sungai Pendang pakej kedua diluluskan.

Projek itu dijangka dapat mengelak 50,000 penduduk terlibat banjir selain mengurangkan keluasan kawasan banjir dari 5,000 hektar kepada 2,000 hektar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini